oleh

Ketua Menteri Minta Pastikan Kawasan ESSZONE Terkawal Setelah WNI Tertembak

KOTA KINABALU,NKRIKu– Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Shafie Apdal, meminta pasukan keselamatan supaya meningkatkan tahap kawalan keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi mengekang aktiviti jenayah di kawasan perairan negara.

Penegasan ini ditegaskan Ketua Menteri Sabah, kembalinya serangan kelompok terduga Abu Sayyab, setelah mencederai seorang juragan bot tunda (Magtrans II), warga Indonesia, di perairan Pegasus Reef Kinabatangan, semalam kepada pemberita.

Beliau berkata situasi di kawasan berkenaan perlu terus dipantau rapi, berikutan kejadian seorang juragan warga Indonesia cedera ditembak sekumpulan lelaki lengkap bersenjata semasa menaiki bot tunda, Magtrans II, di perairan Pegasus Reef Kinabatangan, Rabu (5/12).

“Saya sudah mengarahkan Pesuruhjaya Polis Sabah untuk memantau keadaan ini bagi memastikan keadaan (keselamatan di Esszone) terkawal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pameran dan jualan produk tempatan Sabah, di sini hari ini.

Dijelaskan dalam cubaan rompakan kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa (korban) Didy Saviady, 40-an, cedera di paha kiri selepas sekumpulan empat lelaki (terduga kelompok Abu Sayyab) dengan menaiki bot laju, melepaskan dua das tembakan secara rambang (Tembakan membabi buta) sebelum menaiki bot tunda tersebut.

Serangan secara rambang itu bisa dihentikan dengan ABK lainnya balik menyerang melepas 10 tembakan dengan pistol suar ke kearah kelompok tersebut. Hasilnya perompak itu terjun ke laut dan melarikan diri dengan menaiki bot mereka.

Saat kejadian mangsa ( korban) bersama 12 lagi kru masing-masing dua warga tempatan dan 10 warga Indonesia sedang dalam perjalanan dari Bintulu, Sarawak menuju ke Papua New Guinea. (BERNAMA/Utusan/JNN-NAS)

Baca Juga: